Dato' Hafsah Hashim


Dato' Hafsah Hashim adalah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia). Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Aston University, United Kingdom. Dato' Hafsah mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran sektor awam dan telah berkhidmat dalam beberapa kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian dan Kementerian Perusahaan Utama.

Minatnya dalam pembangunan syarikat-syarikat di Malaysia, terutamanya PKS telah mendorong beliau juga dilantik sebagai Ahli Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), Ahli Majlis bagi beberapa Majlis di bawah Pelan Induk Perindustrian (IMP 3), dan sebagai jawatankuasa kerja beberapa persatuan industri.

Di bawah kepimpinan Dato' Hafsah, SME Corp Malaysia kini sedang melaksanakan kerjasama dengan agensi-agensi pembangunan PKS yang lain secara bilateral di peringkat global. Selain daripada itu, Dato' Hafsah juga telah dilantik oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebagai Penasihat kepada Kajian G-G IDS Yaman: Cadangan Strategi Pembangunan Perindustrian Yaman.

Beliau juga telah memulakan beberapa program untuk pembangunan usahawan wanita seperti Program Latihan bagi Usahawan Wanita di kalangan negara-negara anggota OIC di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), National Convention untuk Usahawan Wanita, kursus latihan bulanan dalam meningkatkan kemahiran pemasaran untuk usahawan wanita, penanda arasan dan berkongsi Amalan Terbaik untuk Usahawan Wanita dengan kerjasama bersama dengan NPC dan FEM, penerbitan Direktori usahawan wanita, dan program-program latihan di luar negara dan misi kajian untuk usahawan wanita.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments are closed.