Tan Sri Rozali Ismail



Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah,pembinaan dan juga perbankan.

Beliau menceburkan diri dalam bidang hartanah melaluibeberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporat e Line (M) Sdn.Bhd. Kejayaan terbesarnya dalam sektor pembangunan hartanah adalah projek perumahanPuncak Alam di Kuala Selangor. Tan Sri Rozali juga mengasaskan firma guamannyasendiri, iaitu Rozali Ismail & Co. sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau menguruskan firma guamannya itu selama tujuh tahun dan mengkhususkan kepada kes korporat, hartanah dan perbankan.


Tan Sri Rozali diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menguruskan loji penapisan air bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1997, Puncak  Niaga (M)Sdn. Bhd. disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan Wilayah Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan dan penggantian paip air dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), yang dikuasai oleh Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd.yang memegang 69.9 peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30 peratus saham dalam Syabas melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd. 
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments are closed.