Afzal Abdul Rahim



Encik Afzal Abdul Rahim telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TIME DotCom Bhd sejak 7 Oktober 2008. Sebelum itu, Encik Afzal pernah berkidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Maklumat Pengurusan Gunaan Sdn Bhd (AIMS) dari April 2003 hingga Oktober 2008 dan berkhidmat sebagai pegawai Pembangunan Korporat dari Oktober 2000 hingga April 2002.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan / Pelanggan Proton Group dari Ogos 1988 hingga September 2000 dan berkhidmat sebagai Jurutera Pembangunan Chasis, Proton Berhad dari November 1997 hingga Julai 1998.

Antara sumbangan beliau adalah terlibat dalam Commonwealth Partnership for Technology Management (CPTM), Ahli Majlis Penasihat Antarabangsa Pergerakan Perkongsian Pintar Global dan Global Convenor-Club 29 Pergerakan Belia.

Encik Afzal mempunyai B. Eng (Hons) dalam kejuruteraan Mekanikal dengan Elektronik pengkhususan dalam Teori Gelombang Akustik dari University of Sussex, United Kingdom.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments are closed.